ad

Readers

Bila tiba 18 April.. [iv]

[iv] Versi maghrib

Maka bermula lah perjalanan ke KLIA. Aku tertido kejap dalam kereta gara2 keletihan minda mengemas barang tadi. Sampai KLIA, teman abang aku gi parking kereta jap. Lepastu boleh pulak termiss parking. Pastu pusing lagi. Aiseh....




Last2 aku jadi student paling last untuk check-in. Padahal aku orang selangor je pun ye dak? Seb bek brader Mara tu cool je tengok aku. Nasib baik brader, kalau akak, eish dah lama aku ngayat dah. Tapi yang tak best bila nak timbang berat luggage tu, brader kat kaunter tu cakap.


Dik, ni 30 kilo ni. Kene buang 5 kilo. Cepat2.


Palehot. Maka aku pun mengambil luggage itu. Aku membaringkan luggage itu di atas lantai yang dingin kerana pendingin hawa. Aku mengusap-usap luggage aku. Lantas aku membuka luggage aku itu. Sayu. Pilu. Aku dah takde idea nak buang ape. Last2 terpaksa lah aku mengucapkan goodbye kepada rempah ratus 5 kilo tu. 5 kilo tu beb!

Lepastu selesai check in semua, aku pun pergilah menunaikan fardhu maghrib. Lepas solat, borak kejap dengan kawan2. Rupanya ade member aku ni kehilangan kasut. Ish ish, kesian2. Time ceggini ler nak ilang kasut. Takziah2...

Dan lepas itu aku lepak dengan family kejap. Lepastu kene panggil ngan wakil Mara nak bagi taklimat. Lepas taklimat jer tiba2.. tiba2..


"Okay, awak semua pergi cium mak ayah awak. Lepastu cakap goodbye kat family. 5 min lagi semua dah ada kat bawah"


Haaa? Kelam kabut terus. Aku terus pergi kat family aku. Pastu cakap lah dekat bonda aku, kene turun sekarang gak. Tengah nak bergambar dengan family ni..


"Esan cepat. Semua dah kene turun sekarang"


Lepas tu aku sempat peluk ngan cium tangan bonda. Dan sempat salam ringkas je ngan family. Pak cik aku yang datang pun sorang je. Sebab ada 2-3 family lain xsempat datang. Member aku pon sorang je datang. Izzat, tu un setelah die memecut laju, mengelak lubang2 kat jalanraya. Tak takut saman beb. Yelah, sume dah budget aku masuk lambat kan. Alih-alih turun awal. Huwaaa~~

Maka kami pun turun. Terpinga-pinga. Pesal aku dah kat bawah ni????