ad

Readers

Dilema : Nak handphone ke taknak?

Sekarang ni aku tengah blur2 nak beli ke taknak handphone baru. Rasa macam nak, pastu mampu tapi rasa membazir lah pula. Tapi kalau nak pakai number, elok pakai pakej punya. Dan handphone murah lagi dengan pakej. Tapi perlu sangat ke number ni? Haish.. Jadi moh kita review ramai2.



Keperluan
Handphone ini satu keperluan. Aku selalu gak guna handphone tapi kebanyakan adalah untuk benda yang tak berfaedah lah. Tapi ada je senior aku yang stop guna handphone. Dan setakat ni, tak pernah pula aku dengar orang mati sebab tak pakai handphone. Mati sebab kanser handphone pernah ke? Macam pernah...

SMS
Kalau kat Malaysia dulu, memang aku selalu sms. Siap calling lagi. Gayut. Biasalah, dah terkenal camni, ramailah nak mesej lah calling lah itu lah. Tapi dah dekat sini, aku nak gayut dengan sapa? Awek french? Haram tak faham.. Dan sungguh tiada makna aku nak main mesej2 dengan member aku, hari - hari jumpa kot. 

Harga
Dari segi harga, ya aku mampu. Tapi penting sangat ke nak beli handphone mahal-mahal ni? Tapi kalau tak beli, agak menyesal juga lah sebab handphone mahal-mahal ni banyak function lagi. Dan memang betul korang kata, alah yang ala kadar pun ada function juga la. Cuba korang bayangkan, macam beli kereta. Kancil dengan mercedes. Memang dengan dua-dua korang boleh pergi tempat korang nak. Tapi dari segi performance, berbeza gak kan?

Last-last, aku pun taktahu :|