ad

Readers

Everything has it first time

Yeah. Setibanya sampai di Nice ni, mata memang terbeliak. Maklumlah, sebelum ni kan aku suri rumah sepenuh masa. Ni kiranya first time lah aku pergi negara orang. Err second time sekiranya pergi Siam secara haram dikira sekali...


Masa sampai2 tu agak blur lah. Masuk je rumah foster, depa terus tunjuk bilik. Aku terus tanya bilik air kat mana, sebab baru sampai kepala pening2. Tapi bukan kes pregnant eh -.-"  Tapi alhamdulillah, lepas baring kejap, kepala dah ok. Mungkin sebab naik tangga 4 tingkat pastu yang jenis pusing2 kot tadi..

Dan petang tu rasa cam jakun sket. Rusa masuk kampung. Tapi aku kira cam rusa masuk key el. And tanpa melengahkan masa, biar gambar je cerita. Aku penat sikit nak menaip malam ini.




Yeah, turun je dari rumah, memang langkah kanan betul-lah. Sebab terserempak dengan 2 orang senior yang tengah date. Setelah menebalkan muka, aku meng-offer-kan diri untuk meng-kacau date mereka. Dan kami pergi ke satu kedai makan ala-ala KFC cuma namanya Chicken Spot. Tu diaaa~

Set 21 (kot) : 10 ketul ayam = 17 euro




Lepas refill energy dengan ayam-goreng-tawar, kami jalan-jalan buang angin. Dalam banyak-banyak kedai, ada juga kedai Bata. Ni yang rindu M'sia ni. Wuu...





Lepas tu kitorang terjah Zone de pieton. Kat sini tempat untuk pejalan kaki saja. No motokar(s) allowed. Banyak gak kedai makan area sini, and tempat souvenirs. Tapi paling best kat sini ada satu kedai India namanya Nourris. Nanti aku cerita pesal best. Sabo2.




Jalan punya jalan, sampai ke Vieux Nice sudah. Selekoh kanan tu pergi masuk Vieux Nice. Kalau tak salah aku la. Dan jika anda turun tangga situ (rasanya tangga ni kot..), anda akan jumpa satu lagi kedai makan India, Shiva Snack. Pun best gak. Tandori die lazat wooo... Dan mahal.




Lepas tu kitorang jalan sampai Carrefour. Masuk carrefour dah pening da. Boleh tahan besar. Pastu ramai orang. Mungkin sebab petang kot. Lepastu senior aku dua orang tadi tu pergilah usha ferero kat atas ni. 

1 kotak : 5 euro - 30 biji
2 kotak : 7.5 euro - 60 biji

kot.. tah tak sure dah :"D


Dan time balik, tak larat dah jalan kaki. Kalau nak kira2 jauh gak lah menapak tapi sebab since first time, so jarak jauh itu tak rasa penat. Balik naik tram, 1 euro stiap kali naik. 

Boleh tahan gak duduk Nice ni. 
fikir aku time baru sampai